Informasi Status PAJSK SK Lahad Datu III

 

Informasi PAJSK

PENDAHULUAN 
Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). 

Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. 

RASIONAL 
Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah yang berbeza walaupun pencapaian dalam kegiatan kokurikulum adalah sama. Melalui pendekatan ini, penggunaan borang dan cara pentaksiran yang standard membolehkan unsur-unsur ketidakadilan dalam pemberian markah boleh dihindari. 


OBJEKTIF 
Menyediakan satu kaedah pentaksiran aktiviti kokurikulum yang standard dan boleh diterima pakai oleh semua sekolah. • Membantu Bahagian Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam membuat penilaian kemasukan murid-murid ke institusi tersebut. 

Membantu Jabatan Pengurusan, Institusi Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi dalam membuat penilaian kemasukan pelajar-pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)/Universiti Awam (UA). 

Menggalak dan meningkatkan penglibatan yang menyeluruh dalam kalangan murid.


Informasi Laluan Pendidikan Di Malaysia


PAJSK TAHUN 2024

Analisis Pencapaian Keseluruhan PAJSK SK Lahad Datu III Tahun 2024




PAJSK TAHUN 2023


Analisa  Markah PAJSK  SK Lahad Datu III Tahun 2022 / 2023










Comments