Informasi Status PAJSK SK Lahad Datu III

Informasi PAJSK PENDAHULUAN Kegiatan Kokurikulum Sekolah merangkumi tiga aktiviti utama iaitu Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan. Penyertaan dalam ketiga-tiga kegiatan ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah seperti termaktub dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997, berkuatkuasa 1 Januari 1998 (Akta Pendidikan 1996 – Seksyen 18 dan 30). Kepentingan aktiviti ini juga setara dengan aktiviti kurikulum dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dan pembelajaran murid serta pembentukan modal insan (murid) secara menyeluruh yang meliputi aspek kognitif, afektif dan psikomotor. RASIONAL Pentaksiran kegiatan kokurikulum yang dibuat oleh sekolah didapati berbeza-beza antara satu sama lain. Keadaan ini menjelaskan wujudnya unsur-unsur ketidaksamarataan dalam pemberian markah kepada murid. Kemungkinan ada murid memperoleh markah ya...